skip to main |
skip to sidebar
PENGENALAN PRODUK JUA-VIA ™
Jua-Via ™ adalah pemanis semulajadi generasi baru kini telah muncul untuk dikomersilkan. Ekstrak Stevia Tulin yang digunakan untuk menghasilkan produk Jua-Via ™ telah melalui kajian bioteknologi di Eropah yang mengambil masa 30 tahun dan mengambil kira aspek pembaikan kualiti rasa untuk kegunaan pengguna sebagai bahan gantian kepada gula dan sebagai makanan kesihatan. Maka, lahirlah Produk Jua-Via ™.
Ianya direka bukan sahaja untuk memaniskan minuman dan menambahkan rasa sedap dalam pembuatan bahan makanan serta masakan malah secara signifikannya dapat meningkatkan taraf kesihatan dan mengawal penyakit bagi pesakit-pesakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh faktor kebaikan semula jadi yang terdapat di dalam produk ini di samping harganya yang kompetitif untuk nilai kesihatan anda.
Jua-Via ™ adalah pemanis 100% semulajadi yang mempunyai rasa manis 200 kali ganda berbanding gula. Ianya dihasilkan dari sumber semulajadi (Stevia) yang menawarkan kebaikan semulajadi yang mana tidak terdapat di dalam gula tebu, gula jagung dan pemanis sintetik lain..
Jua-Via ™ mempunyai ketulenan tinggi, tidak berbau dan dihasilkan dari daun stevia berkuali tinggi.
Jua-Via ™ 80 - @ 80% kandungan kemanisannya. (1 gram Jua-Via ™ =200 gram gula tebu). Gred ini adalah gred yang terbaik untuk dikomersilkan kepada pengguna
Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia. Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi.
Kajian perubatan menunjukkan stevia memberi manfaat dalam merawat atau mengawal obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi kerana ia memberi kesan dalam menurunkan kandungan gula dalam darah. Fakta ini amat menarik bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan karbohidrat dalam diet mereka. Kini pemanis stevia boleh di dapati di Malaysia dengan produk jenama Jua-Via
KELEBIHAN PRODUK Jua-Via ™Jua-Via ™ adalah satu produk baru yang sangat berkesan sebagai pemanis dan penambah perisa dalam makanan dan minuman. Kini ada akan dapat menikmati rasa manis tanpa perlu risau akan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan anda disebabkan rasa manis.
Anda bukan sekadar akan mendapat rasa manis, malah bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes jenis-2, darah tinggi dan obesiti, Jua-Via adalah penawar paling mujarab untuk anda. Kini anda tidak perlu berhabis ratusan mahupun ribuan ringgit untuk penyakit anda. Anda hanya perlu amalkan Jua-Via dalam kehidupan seharian anda.
Jua-Via ™ mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut ;-
Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air
Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu
Kestabilantinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9)
Tidak menapai - meningkatkan jangka hayat produk tenusu
Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius
Kestabilan tinggi terhadap cahaya
Rasa manis yang tahan lama dan stabil di dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman
Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal
Dengan kelebihan dan manfaat ini Jua-Via ™ boleh digunakan di dalam makanan dan minuman seharian anda tanpa sebarang masalah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi yang mementingkan kesihatan.